Monday, November 23, 2009

Menanti di barzakh

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta, dihidupkan semula,
Agar dapat kembali, ke dunia nyata.

Perjalanan rohku, melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda, sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh, sebelum berangkat ke Mahsyar,
Diperhitung amalan, penentu syurga atau sebaliknya.

Tanah yang basah berwarna merah, semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu, seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku, nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah, penantianku.

Terbangkitnya aku, dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari, tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan di sini, bukan suatu khayalan,
Tetapi, ia sebenar kejadian.

Kembali roh kembali, kembalilah ke dalam diri,
Sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi.
Hanya kain putih, yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku, jasad di dalam keranda kayu.

Ajal yang datang di muka pintu, tiada siapa yang memberitahu,
Tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali, tak sanggup untuk ke mengulangi.

Jantung berdegup kencang, menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan, gelap pekat di pandangan,
Selama ini diceritakan, kini aku merasakan,
Di alam barzakh, jasad dikebumikan.

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta, dihidupkan semula,
Agar dapat kembali, ke dunia nyata.

sumber: http://www.youtube.com/watch?v=k5C30oc5HP4

SEJARAH MINYAK DI MALAYSIA

Dipetik dr email kengkawan sebelum thn90 - RM 0.89
> tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
> 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
> 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
> 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02 )
> 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
> 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
> 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
> 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
> 05/05/2005 - RM 1.52
(kenaikan RM 0.10)
> 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
> 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
>terkini - RM 2.70(Kenaikan RM 0.78)Syabas Paklah!!
> Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik,
> belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala
> Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
> Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja
> makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi
> sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini
> bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum
> pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir
> RM400.
>
> Negara lain bukan macam negara kita. Walaupun harga
> minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak
> di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
> Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100
> batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong
> tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
> Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000.
Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.
Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .
> Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang
> perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai
> RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga
> RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di
> kenal sebagai 'AP King'. Rasuah AP ini telah
> berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat
> Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.
>
> Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang
> dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga
> sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia
> rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak
> cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka
> naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Yang Lawak nye kerajaan asyik membanding2 kan dgn thailand dn s'pore yg xde myk tu..
cube compare dgn brunei, or negara arab lain? jauh giler beb...mmg x terkejar dgn jet shukoi yg najib beli tu......

EVOLUSI PENGGUNAAN TELEFON

Evolusi penggunaan telefon TEKNOLOGI telekomunikasi mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat malah inovasinya tidak akan berhenti.
SEJARAH telefon bermula pada 1876 apabila Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon bagi menghubungkan masyarakat ke seluruh dunia. Kini selepas lebih seabad kematian penciptanya, perkembangan telefon telah berkembang amat pesat.

Teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat dan inovasinya diperbaharui generasi baru sehingga membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain walaupun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Berdasarkan sejarah, di negara ini sistem telekomunikasi tanpa wayar analog (ETACS) diperkenalkan pada 1989.

Sejak itu rakyat Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan penduduk.

Telekom Malaysia (TM) mula memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985 dan sejak itu telefon bimbit menjalani evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuk.

Terdapat dua sistem digital pertama yang mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.

Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2004 sahaja, sebanyak 9.5 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang tempoh tersebut, manakala 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005.

Kini dengan pelbagai jenama telefon di pasaran - daripada syarikat multinasional kepada tempatan - pengguna boleh memilih telefon mengikut mengikut keperluan, kemudahan dan kemampuan masing-masing.

Jika dulu telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan tetapi kini ia dilengkapi dengan pelbagai aksesori canggih.

Pengguna boleh memilih telefon dengan fungsi kamera digital sehingga lapan megapiksel, rakaman video, panggilan video, sambungan kepada Internet bagi memudahkan pemiliknya berhubung dan menerima maklumat terkini.

Malah, telefon pada masa ini boleh dikatakan keperluan yang perlu ada pada setiap manusia dan bukan lagi sebagai barangan mewah seperti dekad yang lepas.

Apa pun terima kasih kepada Bell kerana mencetuskan ciptaan komunikasi sebagai permulaan kepada pelbagai inovasi lain.

SUM-SUM TULANG

PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG (BONE MARROW TRANSPLANTATION) - TANYA-SOAL UNTUK PESAKIT-PESAKIT DAN KELUARGA Apa itu sum-sum tulang (bone marrow)?

Sum-sum tulang adalah tisu yang didapati di dalam tulang. Sum-sum tulang menghasilkan bahagian-bahagian darah termasuk:

Sel darah putih - berfungsi menentang penyakit
Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksijen
Platelets - berfungsi menolong menghalang pendarahan

Apa itu pemindahan sum-sum tulang?

Pemindahan sum-sum tulang allogeneic - ini adalah pemindahan sum-sum dari penderma kepada penerima (pesakit). Penderma biasanya adik-beradik (abang atau kakak) pesakit yang mana jenis tisunya adalah sama.

Pemindahan sum-sum tulang autologous - ini terjadi bila sum-sum tulang pesakit diambil terlebih dahulu dan disimpan, dan diberikan semula kepada pesakit kemudiannya.

Siapa yang patut menerima pemindahan sum-sum tulang?

Ada 3 perkara yang sangat penting dalam menentukan pemindahan sum-sum tulang:

(i) Umur - lebih meningkat tua umur pesakit, lebih banyak risiko pemindahan kerana meningkatnya kejadian komplikasi. Di Malaysia, had umur tertinggi untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang adalah sekitar 40 tahun.
(ii) Kesesuaian penyakit - Pemindahan sum-sum tulang bukanlah sesuai untuk semua jenis penyakit darah. Ianya sangat berjaya untuk penyakit "acute myeloid leukaemia" dan juga penyakit "chronic myeloid leukaemia" dalam peringkat awal. Bagi penyakit "aplastic anaemia", sum-sum baru diperlukan untuk menggantikan sum-sum tulang yang telah tidak berfungsi.
(iii) Kesesuaian penderma- Pemindahan sum-sum tulang allogeneic memerlukan penderma yang mempunyai tisu yang serupa dengan pesakit. Tiada had umur untuk penderma, asalkan mereka sesuai untuk diberi bius am (general anaesthesia)

Bagaiman tisu dijeniskan?

Menjeniskan tisu dilakukan melalui ujian darah. Nama lain untuk penjenisan tisu ialah "HLA typing". Di Malaysia, penjenisan tisu dilakukan di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.
Pemilihan penderma yang bersesuaian biasanya adalah dari abang atau kakak pesakit. Hanya 1 dalam 4 peluang dari seorang abang atau kakak pesakit untuk mempunyai sum-sum yang sesuai. Walau bagaimanapun, peluang untuk ahli-ahli keluarga yang lain (ibubapa atau anak-anak) untuk mendapat tisu yang serupa adalah sangat rendah (lebih kurang 1 dalam 100). Ini kerana jenis tisu punca dari keturunan dari kedua-dua belah keluarga pesakit. Maka jenis tisu yang sama biasanya kenal pasti dari abang atatu kakak pesakit yang mempunyai keturunan HLA yang sama.

Apakah masaalah yang mungkin timbul perkaitan dengan pemindahan sum-sum tulang?

-Kemandulan (sterility)- ketidakupayaan untuk memperolehi anak merupakan kesan sampingan dalam pemindahan sum-sum tulang. Walau bagaimanapun aktiviti sexual tidak terganggu. Di luar negri, pusat bank air mani diwujudkan sebagai pilihan untuk pesakit lelaki.
-Perubahan kulit dan keguguran rambut- rambut akan gugur hanya sementara dan akan tumbuh semula selepas pemindahan dilakukan. Manakala perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kemoterapi yang dilakukan semasa pemindahan tetapi ianya juga hanya sementara.
-Mucositis - semasa pemindahan , semua pesakit akan mengalami sakit mulut disebabkan kesan kemoterapi dan ianya untuk tempoh sementara. Pada masa ini pesakit tidak boleh makan dan bergantung kepada saluran intravena untuk zat-zat makanan.
-Graft-versus-host-disease - ini merupakan komplikasi baru pemindahan berpunca dari tindakbalas sel-sel immune (pertahanan tubuh) penderma terhadap penerima (pesakit). Ini boleh menyebabkan ruam-ruam, peradangan buah hati dan juga peradangan tali usus.Komplikasi ini biasanya dapat dirawat dengan ubat.
-Jangkitan (infections) - Semasa dan selepas pemindahan sum-sum tulang, pesakit akan mengalami risiko tinggi mendapat jangkitan dan akan diberi antibiotik dan juga penjagaan yang teliti selama lebih kurang satu tahun. .

Apakah yang akan dialami oleh pesakit semasa rawatan?

Pesakit akan dirawat di hospital selama satu bulan dan selepas tempoh ini, dikehendaki datang tiga kali seminggu untuk rawatan rapi seterusnya untuk tempoh dua bulan.Ketika berada di hospital, sejenis alat khas yang dipanggil "Hickman catheter" dipasang (dengan menggunakan cara pembedahan kecil) - ianya bertujuan untuk memberi pesakit cecair, kemoterapi, transfusi darah dan juga zat-zat makan terus ke darah.
Pesakit seterusnya akan menerima "conditioning kemoterapi" iaitu membuat persediaan bagi sum-sum tulang untuk menerima sum-sum tulang baru. Kesan sampingan "conditioning kemoterapi " ini termasuk muntah, cirit birit dan kadang-kadang pendarahan dari pundi kencing (bladder).
Sum-sum baru yang diambil dari penderma kemudiannya dipindah kepada pesakit. Kiraan darah pesakit akan jadi rendah untuk tempoh dua hingga tiga minggu sebelum sum-sum tulang baru berfungsi.
Pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk tempoh satu tahun.

Apakah yang akan dialami oleh penderma?

Penderma akan menjalani peperiksaan perubatan untuk memastikan kegerasannya untuk bius am. Seunit darah akan diambil seminggu sebelum pembedahan dan ini akan diberi kembali kepada penderma pada masa pembedahan. Ini untuk mengurangkan keperluan untuk transfusi darah tambahan. Pembedahan atau "bone marrow harvest" akan dilakukan dibawah bius am (general anaesthesia) dan sum-sum tulang akan diambil menggunakan jarum istimewa dari tulang pelvis (hip bone). Tidak ada kesan sampingan cuma penderma akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk beberapa hari selepas pembedahan. Penderma biasanya duduk dalam hospital untuk tempoh tiga hari sahaja. Kadangkala, penderma dan keluarga dikehendaki untuk menderma darah platelets untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Ini dilakukan dengan menggunakan mesin khas untuk mengambil darah (dari saluran darah vena di tangan) yang dinamakan "cell separator". Mesin ini akan mengambil sel platelet sahaja dari darah dan kembalikan sel darah merah kepada penderma. Ini merupakan prosedur sakit luar sahaja (mengambil masa 1-2 jam) dan diperlukan lebihkurang 20% pemindahan sum-sum tulang apabila tranfusi darah platelets yang biasa tidak berkesan.

Di mana pesakit boleh membuat pemindahan sum-sum tulang dan berapakah harganya?

Di Malaysia, pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit-pesakit dewasa sedang dilaksanakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak, pemindahan sum-sum tulang dilaksanakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Untuk membuat pemindahan sum-sum tulang di luar negeri, belanjaan amat tinggi, lebih kurang MR200,000.
Rancangan pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit dewasa di Hospital Universiti telah dilaksanakan pada tahun 1993 dan perbelanjaan dikalangan MR40-60,000 setiap orang pesakit

AKU NGUAP,KOWANG PON NGUAP JUGA

Korang perasan tak kalau satu org menguap, org lain pon ikut menguap gak. Penyelidik menyatakan dalam 40-60% org yg tengok gambar org menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pon kadang2 leh wat org ikut menguap.
Bukan manusia je yg menguap.. Binatang pon nguap gak..
Kalau korang tengok kucing yg korang pelihara tu, leh nampak kucing tu nguap2

Kenapa kiter menguap?
Penerangan saintifik menyatakan yg kiter nguap disebab kan oleh keperluan fizikal kiter.
Selain daripada kepenatan, kiter jugak menguap kalau darah kiter kekurangan oxygen.
Ada juger teori yg menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kiter.
Sesetengah org berpikiran yg kiter menguap kalau kiter rasa bosan.

Kepercayaan org dahulu kala
Ada jugak terdapat kepercayaan yg berasal dari Greeks yg menyatakan
kiter mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kiter dari terlepas melalui mulut.
Sesetengah org pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap,
dia akan ditimpa bahaya.

So kenapa menguap ni leh berjangkit?
Bila kiter lihat org menguap, otak kiter proses informasi dan informasi itu disalur kan ke
brain circuitry yg menganalisis dan meniru gaya yg dilakukan oleh org lain.
Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yg special
yg menjadi aktif bila kiter membuat sesuatu atau bila kiter melihat org lain membuat sesuatu
lalu meniru aksi org lain.

Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan nguap ni
dapat menolong kiter berkomunisai kiter nyer level of alertness kepada org lain.
Dengan itu, kiter dapat coordinate masa tido kiter ngan org lain.

PERBEZAAN PANGKAT DATO' ,TAN SRI DAN SEBAGAINYA

Perbezaan pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta di bawah ini.

DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.
* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI

* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT-PINGAT PERINGATAN

* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.

SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P. 2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M. 3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N. 4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N. 5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M. 6 DARJAH BAKTI D.B. 7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N 8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M. 9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N. 10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D. 11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N. 12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M. 13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D. 14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N. 15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D. 16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N. 17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N. 18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D. 19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B. 20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P. 21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U. 22 PINGAT KEBAKTIAN P.K. 23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B. 24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A. 25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K. 26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S. 27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M. 28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -

Infromasi tambahan (1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .....hehehhehheh...

(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.

Sunday, November 22, 2009

Salam

Welcome to my blog.